Buat Pembaca..

Buat pengunjung yang dirahmati Allah, tulisan di dalam blog ini adalah catatan peribadi saya dan ianya sekadar perkongsian bersama. Moga-moga memperoleh sedikit manfaat bersama.

Mutiara Hati..

Bila Serabut..

|

Bila saya serabut, tempat yang paling saya suka adalah Masjid. Sebab bila masuk je masjid rasa tenang dan nyaman. Dan tempat yang paling saya tak suka pergi adalah shopping complex. Cuma nak kongsi sikit la, mungkin ramai dah tau, apa yang paling mengagumkan saya adalah budaya arab yang selalu solat jemaah lima waktu di masjid.

Ada sesetengah masjid tu, hampir setiap waktu pasti penuh, kalau tak penuh pun separuh saf daripada masjid. Subhanallah, bila agaknya nak tengok Masjid-masjid kat Malaysia penuh macam ni. Tapi, alhamdulillah, surau saya di Surau As-Syakirin, Bandar Seri Putra sekarang subuh ramai, kalau nak banding dengan dulu, satu hingga satu setengah saf je. Alhamdulillah, perkembangan yang baik.

Namun memang nampak perbezaan masjid-masjid atau surau di Selangor sebelum tahun 2008 dan selepas. Lebih hidup dan lebih ramai qariah yang datang mengimarahkannya. Alhamdulillah, moga berterusan sampai bila-bila.


Utusan Perlu Bertindak Matang!!-Presiden PMRAM

|

Akhbar adalah teman setia bagi golongan marhen dalam sesebuah negara. Ianya sebuah jambatan dalam menyebarkan segala isu yang sedang melanda. Justeru akhbar perlu dikemudikan dengan sebaik-baiknya agar ianya bukan bersifat tangkap muat, fitnah, penghasutan dan provokasi yang boleh mencetuskan suasana huru-hara dalam negara.

Melihat kepada paparan utama akhbar Utusan Malaysia  bertarikh 2 Mei 2012, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) amat kesal dengan paparan tersebut yang jelas mencerminkan integriti yang rendah bagi sebuah akhbar yang menjadi nadi penyebar maklumat kepada rakyat, lebih-lebih lagi Utusan Malaysia tersenarai di kedudukan tangga yang ke-32 dalam senarai The top 500 sites in Malaysia yang dikeluarkan oleh Alexa, The Global Leader in Analytics ( tarikh 2 mei 2012).

Keratan akhbar hari ini yang tidak bermaruah dan bermoral.

Justeru sebagai sebuah akhbar yang menjadi rujukan umum, Utusan Malaysia sewajarnya memainkan peranan yang terbaik dan bersikap matang dalam menyaring berita sebelum disebarkan kepada masyarakat. Peranan akhbar bukanlah semat-mata untuk menyebarkan maklumat bahkan maklumat yang dipaparkan dan disebarkan itu mestilah jelas, benar dan tepat faktanya.

Tindakan akhbar Utusan Malaysia yang memaparkan laporan dan berita berunsurkan lucah ini perlu dilihat sebagai suatu perkara yang besar lebih-lebih lagi ini bukanlah kali pertama paparan seperti ini disiarkan oleh Utusan Malaysia yang menjadi lidah rasmi kepada kerajaan Malaysia. Berita yang dipaparkan itu jelas mengaibkan imej peribadi individu tertentu tanpa asas yang kukuh. Bukan itu saja, bahkan ianya juga menambahkan lagi suasana dan polemik yang kurang enak dalam masyarakat Malaysia sejak mutakhir ini. Selain menjadi guru tidak formal kanak-kanak dibawah umur.

Pelbagai tohmahan yang mula timbul sudah pasti menambah buruk imej Utusan Malaysia sekaligus mencemarkan lagi kualiti kerja yang di amanahkan oleh kerajaan Malaysia. PMRAM mengharapkan agar setiap isu yang ingin dipaparkan oleh mana-mana akhbar termasuk Utusan Malaysia diteliti dan dikaji terlebih dahulu sebelum penerbitan dilakukan. Apatah lagi seandainya isu tersebut melibatkan aib dan maruah diri seseorang yang boleh mengundang pelbagai fitnah dan persepsi masyarakat.

Peranan akhbar adalah menjelaskan isu yang melanda, mengukuhkan perpaduan bangsa, dan mengharmonikan suasana negara, bukan mengotorkan lagi nilai murni pemikiran anak bangsa.


Jam Dan Kita..

|
Seorang anak kecik sedang asyik memerhatikan suatu objek yang tergantung didinding. Kelihatan deretan nombor-nombor satu hingga 12 dan juga tiga bilah jarum yang berbeza saiz dan panjangnya. Jarum-jarum tersebut ada yang bergerak cepat, sederhana dan ada yang seolah-olah kelihatan tidak bergerak.

Tiba-tiba objek itu berbunyi! Anak kecil itu melompat kegirangan seolah-olah dia sedang menantikan bunyi yang terhasil daripada ojek itu.

Melihat gelagat anak kecil, sang ibu lalu berkata :
“Wahai sayangku, itulah namanya JAM. Daripadanya kita menyusun masa makan, masa bermain dan masa untuk mengaji”

....................................................................................................



Dalam sesebuah organisasi, setiap penggeraknya punya peranan masing-masing. Ada yang menjadi figure dalam masyarakat dan ada kerja-kerjanya tidak dilihat oleh mata masyarakat tetapi punya peranan yang penting dalam menggerakkan organisasi.
Mereka adalah ‘The unsung heroes’

Kita adalah jarum jam yang punya peranan masing-masing dan MESTI terus bergerak dalam arah yang sama!

Jika tidak jam tersebut tiada lagi makna pada masyarakat.

Mesir Dilanda "Bersih"

|

Gambar yang saya ambil dihadapan Pejabat PMRAM di Masakin Uthman, Hayyu Sabiek.

Pagi tadi, selepas subuh. Kami dikejutkan dengan deruan angin yang cukup kuat menghempas daun tingkap sisi bilik, kalau baca surat khabar mesir pun, ini antara ribut pasir terburuk yang jarang berlaku. Dah macam berada dalam filem hollywood. Kalau baca dekat portal cuaca Mesir, kelajuan ribut kali ini mencecah 60km/j. Sampai beberapa bandar dan jalanraya lumpuh, antara Alexandria, Matrouh dan beberapa bandar utama di Mesir termasuklah Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah.


Suasana kekuningan, sunyi sepi. Ribut pasir perkara biasa di Mesir, tapi kali ini yang agak ganjil adalah warna jingga kekuningan. Situasi yang jarang berlaku sepanjang saya bermukim disini. Sempat saya rakam gambar diatas pagi tadi. Namun, ada hikmah yang saya tidak pernah tahu sebelum ini, bahawa debu pasir ini ada kebaikannya.

Sebelum ni, pasti ramai yang akan merungut dan mengomel sendirian kerana apabila ribut melanda, menyukarkan pergerakan dan kebanyakkan daripada pelajar disini tidak akan keluar rumah, baik untuk ke kuliah atau melaksanakan urusan seharian.

Di dalam kitab Muqaddimah karangan Ibnu Khaldun ada menyebut:

Ketika mana bumi ini mengalami sebarang pertukaran musim maka akan zahirnya penyakit dan kuman yang mana bila kita abaikan, ia mampu memusnahkan persekitaran dan dengan sebab itulah Allah mengutuskan debu.

Sejurus dengan itu, debu dan habuk inilah yang akan membunuh kuman tersebut. Hal ini kerana, saiz debu halus ini yang berkadaran dengan saiz kuman tersebut yang mana sebahagiannya sangat kecil dan masuk ke dalam diri manusia melalui mata, hidung, perut, telinga dan kawasan sekitarnya.

Dan sebenarnya pada musim sejuk juga terjadinya beberapa penyakit/kuman yang menyerang tubuh badan manusia. Kuman tersebut tidak akan terbunuh melainkan hanya dengan debu tersebut.

Ada yang mengaitkan cuaca pada hari dengan pelbagai tafsiran. Apapun, setiap kejadian yang Allah tetapkan pasti ada hikmahnya yang tersendiri. Tu tandanya Allah nak tunjukkan kekuasaannya, tiada yang mustahil bagi Allah. Indah kan hidup ni kalau kita melihat setiap yang berlaku dari kaca mata Islam. Subhanallah..

Ni antara gambar yang diambil oleh pelajar Malaysia di Hayyu Asyir.


Ni diambil oleh seorang pelajar perubatan berhadapan Kuliah Perubatan Universiti Al-Azhar, Hayyu Sadis. Kredit kepada Ahmad Zikrul.

Calon Presiden Mesir: 10 orang disingkirkan termasuk Ir. Khairat Shater

|
Dari kiri Mursyidul Am Ikhwan Muslim, Dr. Badie', Dr. Muhammad Mursi dan Ir. Khairat Shater.

Berikutan penyingkiran 10 orang calon presiden Mesir termasuk seorang daripada Ikhwan Muslimin, iaitu Engineer. Khairat Alshater sebagai calon Presiden Mesir, dengan ini IM telah mengisytiharkan secara rasmi الدكتور محمد مرسي sebagai calon Ikhwan Muslimin bagi pilihanraya presiden Mesir 2012.

Kelulusan :

- Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan, Universiti Kaherah, 1975.
- Sarjana Kejuruteraan, Universiti Kaherah, 1978.
- PhD dalam bidang kejuruteraan di University of Southern California, 1982.
- Demonstrator dan Penolong Pensyarah Fakulti Kejuruteraan, Universiti Kaherah (1982 -1985)
- Penolong Pensyarah di Universiti of Southern California (1982 -1985)
- Penolong profesor di Universiti Utara Ridge, California, Amerika Syarikat (1982 -1985)
- Profesor dan Pengerusi, Jabatan Kejuruteraan Bahan, Fakulti Kejuruteraan Universiti Zagazig tahun 1985 sehingga 2010.

Keterlibatan politik :

- Telah dipilih sebagai ahli Persidangan Antarabangsa untuk menentang perancangan Zionis.
- Pada tahun 2000 beliau dipilih sebagai ahli Dewan Rakyat Mesir bagi Ikhwan Muslimin dan jurucakap untuk blok Islam di parlimen.
- Pada pilihanraya tahun 2005 yang lepas untuk kerusi parlimen, beliau adalah mendapat undian tertinggi mengalahkan lawannya.
- Telah dipilih sebagai ahli parlimen terbaik pada tahun 2000-2005.
- Dilantik sebagai Ketua Parti Kebebasan dan Keadilan pada tahun 2011 sehingga kini.

Penangkapan :

Telah ditangkap oleh rejim Mesir beberapa kali.
- Pernah ditangkap hampir 7 bulan pada pagi 18 Mei 2006. Beliau ditangkap di hadapan Mahkamah Utara semasa penglibatan beliau dalam demonstrasi mengutuk isu pemindahan dua orang Hakim kepada Suruhanjaya dan telah dibebaskan pada 10 Disember 2006
- Ditangkap kembali pada pagi Jumaat 'kemarahan' 28 Januari 2011 semasa revolusi 25 Januari dalam sebilangan besar pemimpin-pemimpin Ikhwanul Muslimin.

Pencalonan beliau untuk jawatan presiden :

Selepas dilantik menjadi Ketua Parti Kebebasan dan Keadilan pada tahun 2011, beliau dilantik oleh IM untuk menjadi calon simpanan jika sekiranya calon IM, Ir Khairat Syatir ditolak pencalonannya.

Pada 17 April 2012, secara rasminya IM mengisytiharkan bahawa beliau merupakan calon Presiden Mesir 2012

Followers