JPMK, Mengapa Tidak Profesional?

Sehingga kini, Nama Mahasiswi Qiraat di Mansurah masih belum naik. Hanya 2,3 hari lagi peperiksaan bakal berlangsung. Jika nama tidak naik di pejabat, bermakna pelajar-pelajar ini tidak boleh memasuki dewan peperiksaan.

Ya Allah, bala apa yang menimpa ini? Adakah ini 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan? Apa tugas JPMK sebenarnya? Jaga kebajikan pelajar atau menjaga poket sendiri?



Semacam Satu tindakan menyekat nama naik di peringkat qiraat. Di Syoubra, mahasiswa dibenarkan masuk periksa secara "rukhsoh" oleh Syeikh. Tetapi Mudirah Qiraat di Mansurah tetap tidak memberikan mereka memasuki peperiksaan yang akan berlangsung 3 hari lagi sekiranya nama masih belum diberikan oleh pihak Safarah.

Memang kerja jahat! Mudirah tersebut memberitahu "secara mulut" bahawa surat dan senarai nama Qiraat dari Malaysia masih belum sampai di "mantiqah"! Apatah lagi nak sampai ke pihak al Azhar.

Perkara yang sama terjadi pada sahabat kita di Syoubra. Terpaksa dibenarkan masuk periksa walaupun nama belum sampai ke Pejabat. Mereka memaklumkan bahawa mereka belum menerima sebarang senarai nama atau surat daripada safarah Malaysia!
KESAL! Tindakan jahat mereka berusaha untuk menghapuskan mahasiswa/wi Qiraat. Baru sebentar tadi, saya telah dimaklumkan bahawa "mudirah" di Mansurah telah membuat surat kepada setiap "mantiqah" untuk menggesa pihak safarah Malaysia supaya menghantar nama secepat mungkin.

Korang semua nampak tak tangan siapa yang buat kerja macam ni? Dah takda kerja lain. Sengaja menyekat pelajar Qiraat daripada mengaji secara rasmi di sini. Semoga Allah membalas kejahatan yang hangpa buat kepada mahasiswa Islam!

Sumber : IbnuIrFadzil

1 komen mengomen :: JPMK, Mengapa Tidak Profesional?

  1. ya Allah, semoga Allah permudahkan antum semua....maan najah fil imtihan

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My Photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers